Kemahiran mengira semakin pudar bila dah biasa guna kalkulator

Iklan
Kemahiran mengira semakin pudar bila sudah biasa guna kalkulator. Gambar hiasan 123RF

MALAM kelmarin Merak Jalanan dan lima orang rakan singgah ke sebuah gerai makan di sebuah kawasan kampung di Lembah Klang.

Bermacam-macam makanan dan minuman dipesan. Apabila tiba masa hendak membayar, Merak Jalanan meminta tauke kedai, seorang wanita berusia lingkungan 50-an untuk mengira.

Iklan
Iklan

Tauke itu datang ke meja kami dan tanya satu per satu hidangan yang kami makan. Seorang-seorang menyebut makanan dan minuman masing-masing.

Apa yang menarik, ketika membuat kiraan tauke tersebut langsung tidak membawa pen dan kertas untuk mengira, apatah lagi kalkulator. Dia hanya mencongak menggunakan jari dan mengingatinya dalam kepala.

Iklan

"Semua sekali RM45.60,” katanya selepas membuat kiraan.

Merak Jalanan pada mulanya tidak yakin, lalu meminta dia mengira semula. Kali ini Merak Jalanan ikut mengira menggunakan kalkulator telefon bimbit.

Iklan

Mengejutkan, kiraan tauke tadi tetap sama, malah sama dengan apa tercatat di kalkulator Merak Jalanan.

Merak Jalanan tanya tauke itu bagaimana dia boleh mengira tepat tanpa membuat catitan atau menggunakan kalkulator. Rupa-rupanya dia memang sudah terbiasa dari dulu mengira menggunakan otak. Katanya, mungkin dia akan hilang kemahiran itu kalau mula menggunakan kalkulator.

Merak Jalanan terfikir, betul juga apa katanya. Merak Jalanan masih ingat masa sekolah dulu sudah diajar mengira, disuruh menghafal sifir. Kalau tak hafal kena ketuk dengan pembaris.

Tapi semakin dewasa, semakin malas mengira secara manual. Semua nak harap kalkulator. Kemahiran mencongak semakin pudar, sampai nak kira 6x6 pun pernah capai kalkulator.

Inilah risiko bila wujudnya kemudahan teknologi. Banyak lagi contoh kemahiran terhakis akibat teknologi. Misalnya, tidak lagi senang menulis tangan sebaliknya mudah hanya menekan papan kekunci.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!