England jumpa Sepanyol di final Euro

Iklan
Watkins (tengah) meledak gol kemenangan England pada minit ke-90. Foto: Agensi

GOL dramatik minit ke-90 Ollie Watkins membantu England bangkit menewaskan Belanda dalam separuh akhir Euro 2024 yang berlangsung di Signul Iduna Park, Dortmund awal pagi Khamis.

Sebelum gol kemenangan itu, Belanda kendalian Ronald Koeman terlebih dahulu di hadapan menerusi pemain tengah berusia 21 tahun, Xavi Simons seawal minit ketujuh.

Iklan
Iklan

Penyerang England, Harry Kane yang beraksi hambar sepanjang kempen di Jerman berlangsung menyamakan kedudukan apabila tenang menyempurnakan penalti pada minit ke-18.

Pengadil perlawanan dari Jerman, Felix Zwayer yang disabit bersalah mengatur perlawanan pada 2005 menganugerahkan penalti kontroversi itu selepas melakukan semakan Video Bantuan Pengadil (VAR).

Iklan

Pertahanan Belanda, Denzel Dumfries didakwa mengangkat kaki terlalu tinggi ketika cuba menahan sepakan voli Kane.

Pemberian penati itu mendapat reaksi kurang senang daripada pengulas bola sepak termasuk Gary Neville dan Jamie Carragher yang menyifatkan ia sepatutnya tidak diberikan kepada England.

Iklan

Ketika perlawanan seakan diheret ke masa tambahan, Watkis melepaskan rembatan padu di dalam kotak penalti Belanda untuk kemenangan 2-1 kepada England sekali gus mara ke perlawanan akhir.

Menanti England di pentas final ialah Sepanyol yang menyingkirkan Perancis 2-1 di Munich pada Rabu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!