Kelantan FC rencana taktikal khusus berdepan Kedah

Iklan
Park Jae-hong

KETUA jurulatih Kelantan Darul Naim FC (KDFC), Park Jae-hong merencana taktikal khusus sebagai persiapan bertemu Kedah Darul Aman (KDA) FC bagi menghadapi perlawanan kelima Liga Super 2024/25.

Jae-Hong memaklumkan persediaan mereka sangat lancar dan barisan pemain menunjukkan semangat juang yang tinggi untuk meraih sesuatu yang positif di Stadium Darul Aman.

Iklan
Iklan

Jurulatih asal Korea itu turut mengakui Kedah pasukan yang kuat kerana mereka baru sahaja meraikan kemaraan ke separuh akhir Piala FA.

"Namun kami tidak berdiam diri apabila sepanjang dua minggu liga bercuti, kami banyak latihan khusus dilakukan selain merencana beberapa taktikal untuk bertandang ke stadium pihak lawan," katanya melalui kenyataan pada Khamis.

Iklan

Jae-Hong juga positif apabila pemain berada dalam keadaan baik, bermotivasi, terus bersemangat dan bekerja keras serta untuk meraih membawa pulang tambahan mata ke Kelantan.

Bagaimanapun, tambah beliau, skuadnya mungkin ketiadaan beberapa pemain kerana cedera serta demam namun perancangan mereka lancar selepas pasukan itu mendapat pengganti.

Iklan

"Saya yakin semua pemain yang bertandang dapat melaksanakan tugasan mereka walaupun ada yang tidak dibawa kerana cedera kerana penggantinya sama hebat," katanya.

Sebagai jurulatih berpengalaman, Jae-hong tidak menafikan pemain pasukan lawan seperti Syafiq Ahmad, Sony Norde serta beberapa lagi yang boleh menyebabkan anak buahnya berdepan masalah besar.

"Penting bagi kami untuk mengekang mereka dan menggunakan setiap peluang yang diperoleh untuk jaringan gol," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!