'Mohon doa baik-baik' - Pempengaruh

Iklan
Pasangan suami isteri yang juga pempengaruh, dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada Khamis bagi membantu siasatan kes menyeleweng kutipan derma. Foto Sinar Harian- ROSLI TALIB

PUTRAJAYA - Pasangan suami isteri juga pempengaruh, yang dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pada Khamis bagi permohonan reman berhubung kes menyelewengan kutipan derma, memohon orang ramai supaya mendoakan perkara yang baik kepada mereka.

Lelaki berusia 30 tahun dan isterinya, 26, yang memakai baju lokap berwarna oren, kelihatan tenang dan sempat melemparkan senyuman kepada pengamal media, ketika dibawa ke mahkamah pada jam 9.19 pagi, dalam keadaan bergari.

Iklan
Iklan

"Assalamualaikum, saya sihat, Alhamdulillah, mohon doa baik-baik," kata suami itu ketika disapa.

Sementara itu, turut akan direman ialah dua lelaki yang merupakan pengarah dan pemegang saham sebuah platform kutipan bantuan, disyaki terbabit dalam kes berkenaan.

Iklan

Salah seorang daripadanya merupakan pemilik platform kutipan derma yang juga anak serta menantu kepada pemimpin sebuah parti politik negara.

Sehingga jam 10.45 pagi, prosiding permohonan reman bagi keempat-empat orang yang disyaki (OYDS) ini belum bermula.

Pasangan suami isteri yang juga pempengaruh, dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada Khamis bagi membantu siasatan kes menyeleweng kutipan derma.Foto Sinar Harian- ROSLI TALIB

Iklan

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, ahli peniagaan tudung terbabit ditahan SPRM, pada jam 6.40 petang, Rabu.

Menurut sumber, ia berhubung siasatan kutipan derma melebihi jutaan ringgit, namun difahamkan wang itu tidak disalurkan secara betul.

Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan pasangan terbabit direman untuk siasatan lanjut.

Sejak beberapa hari lalu, tular di media sosial mengenai seorang pempengaruh yang dikatakan mengambil komisen daripada kutipan derma orang ramai dengan peratusan yang tinggi.

Selain itu, mereka juga didakwa hidup dalam kemewahan sehingga menimbulkan pelbagai tanda tanya daripada warga siber.

Berikutan itu, pasangan itu telah tampil dan menafikan semua dakwaan penyelewengan dan pecah amanah.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!