PUTRAJAYA - Seramai 10 kakitangan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) akan memberi keterangan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini pada Khamis.
Menurut sumber, enam daripadanya dipercayai sudah tiba dan masuk ke bangunan SPRM sekitar jam 10 pagi.
Iklan
Iklan
Kata sumber, empat lagi kakitangan HRD Corp akan tiba lewat.
Pihak media bagaimanapun gagal mengesan kenderaan membawa enam kakitangan HRD Corp yang hadir ke SPRM Putrajaya pada pagi Khamis.
Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim mengesahkan seramai 10 orang kakitangan HRD Corp dipanggil memberi keterangan di SPRM Putrajaya pada Khamis.
Beliau berkata, kesemuanya akan tiba di bangunan suruhanjaya itu bermula jam 10 pagi.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!