Pengawal keselamatan didakwa amang seksual anak tiri lelaki

Iklan
Tertuduh berusia 33 tahun (tengah) ketika dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen di sini, pada Khamis.

MELAKA - Pengawal keselamatan lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, pada Khamis, atas tuduhan melakukan amang fizikal terhadap anak tirinya berusia enam tahun.

Tertuduh berusia 33 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah.

Iklan
Iklan

Berdasarkan pertuduhan, perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Taman Terendak, di sini, kira-kira jam 8 malam pada 6 April lalu.

Pendakwaan bagi kes ini dijalankan mengikut mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (AKSTK) 2017 yang boleh dihukum di bawah akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga boleh dikenakan sebat, sabit kesalahan.

Iklan

Timbalan Pendakwa Raya, Nur Syazwanie Marizan membantah jaminan yang akan dikenakan terhadap tertuduh mengambil kira hubungan anak tiri dengan mangsa namun mencadangkan RM30,000 sekiranya mahkamah membenarkan serta syarat tambahan.

Sementara itu, Peguam Umar Zulkarnain merayu jumlah jaminan rendah kerana tertuduh hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan dan akan menetap bersama bapanya di Krubong yang mana jauh dari mangsa.

Iklan

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin selain mengenakan syarat tambahan tertuduh tidak boleh mengganggu saksi dan berada ditempat tinggal mangsa sehingga kes selesai.

Mahkamah turut menetapkan tertuduh perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan dan tarikh 15 Ogos depan untuk serahan dokumen serta laporan perubatan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!