Serendah bakal jadi hab logistik, pengangkutan negara

Iklan
Sze Han. Foto Bernama

HULU SELANGOR - Lebih banyak peluang pekerjaan dapat ditawarkan di Serendah yang bakal menjadi hab logistik dan pengangkutan negara.

Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Selangor, Ng Sze Han berkata, Serendah sebelum ini dikenal pasti sebagai tumpuan utama bagi hab pembuatan pengangkutan apabila terdapat banyak vendor automotif telah melabur dan membuka kilang di sana.

Iklan
Iklan

Menurutnya, dengan pembangunan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Serendah berpotensi untuk dimajukan pula sebagai hab logistik kerana persambungan ke Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Kuantan

"Pelabur boleh menggunakan ECRL bagi mengedarkan barangan ke Timur menggunakan Pelabuhan Kuantan manakala barangan dari Timur boleh dihantar ke Pelabuhan Klang dan Pulau Pinang melalui stesen bandar Serendah," katanya pada sesi persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor.

Iklan

Sze Han berkata, Stesen Bandar Serendah juga akan berfungsi sebagai stesen penumpang ECRL.

Selain itu katanya, Serendah juga berpotensi di kembangkan lagi bagi pelaburan berasaskan aktiviti hiliran bagi pembuatan pengangkutan.

Iklan

ECRL ialah projek infrastruktur kereta api yang dibangunkan untuk meningkatkan persambungan antara negeri-negeri di Pantai Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang) dan negeri Pantai Barat (Negeri Sembilan, Selangor dan Wilayah Persekutuan Putrajaya), yang pada masa ini hanya sebahagian daripadanya dihubungkan perkhidmatan kereta api.

Projek ECRL sepanjang 665km melibatkan perbelanjaan sebanyak RM50.27 bilion.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!