Gempa bumi kuat landa Mindanao, Filipina

Iklan
Gempa bumi kuat berukuran 6.6 pada skala Richter melanda Mindanao, Filipina pada 10.13 pagi tadi.

KUALA LUMPUR - Gempa bumi kuat berukuran 6.6 pada skala Richter melanda Mindanao, Filipina pada 10.13 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan gempa berpusat di koordinat 6.1 darjah Utara dan 123.3 darjah Timur itu berlaku pada kedalaman 632 kilometer.

Iklan
Iklan

Pusat gempa terletak kira-kira 154 kilometer tenggara dari Isabela City, Filipina.

"Gegaran turut dirasai di sekitar Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dilaporkan bagi Malaysia,” menurut kenyataan itu.

Iklan

Orang ramai boleh menghubungi Jabatan Meteorologi Malaysia di talian +60379678066 atau melayari laman web http://www.met.gov.my untuk maklumat lanjut. - Bernama

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!