Speaker sia-siakan peluang perkasa Akta Anti Lompat Parti - Bersih

Iklan

SHAH ALAM - Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) berpendapat Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mensia-siakan peluang untuk menguatkuasakan serta memperkasakan Akta Anti Lompat Parti [Akta A1663] yang didukung dua pertiga anggota Dewan Rakyat.

Bersih dalam satu kenyataan berkata, keputusan Johari telah membuka lompang undang-undang dan menghapuskan keyakinan rakyat terhadap keluhuran perlembagaan serta kedaulatan undangundang yang menjadi prinsip Rukun Negara.

Iklan
Iklan

Katanya, ia juga akan terus menajamkan perbezaan antara kerajaan dan pembangkang, menyukarkan kerjasama professional untuk melakukan reformasi serta membebaskan Parlimen daripada keterikatan dengan badan Eksekutif.

"Justeru Bersih tegas menyatakan bahawa Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah terkhilaf dalam memahami mekanisme Undang-Undang Anti-Lompat (UAL) ini. Beliau telah membelakangkan prinsip dan hasrat penggubalan undang-undang tersebut yang bakal membuka kepada pintu ketidakstabilan politik selepas ini," ujarnya pada Khamis.

Iklan

Terdahulu Johari menggunakan kuasa budi bicara dalam membuat keputusan mengekalkan kedudukan kerusi enam ahli Parlimen Bersatu yang berpaling tadah menyokong Kerajaan Perpaduan sebelum ini.

Enam ahli Parlimen itu adalah Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang).

Iklan

Tambah Bersih, Bersatu telah meminda perlembagaan parti mereka menetapkan bahawa mana-mana ahlinya yang menjadi wakil rakyat di Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri tidak mematuhi arahan Majlis Pimpinan Tertinggi akan terhenti keahlian mereka secara serta-merta.

"Berdasarkan infografik penerangan daripada Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) berkenaan mekanisme UAL ini, juga jelas menerangkan implikasi akibat tidak mematuhi keputusan parti di dalam salah satu slaid mereka.

"Perlu diingatkan bahawa pindaan perlembagaan parti Bersatu yang dibuat untuk memasukkan peruntukan terhenti keahlian sekiranya gagal menuruti arahan parti juga adalah sama dengan pindaan perlembagaan yang dibuat oleh DAP, Parti Amanah Negara (Amanah) dan UMNO.

"Maka, pihak Yang di-Pertua Dewan Rakyat harus menghormati Perlembagaan parti Bersatu dan mana-mana parti politik khususnya dalam menyelaraskan penguatkuasaan akta ini," jelasnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!