Penunggang motosikal maut bergesel dengan kereta

Iklan
Gambar kemalangan yang tular di laman sosial sejak malam tadi.

KUALA LUMPUR - Seorang penunggang maut selepas motosikalnya bergesel dengan sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat Jalan Tuanku Abdul Rahman menghala ke Jalan Tun Perak di sini malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, mangsa dikenali sebagai Iskandar Abd Rahman berusia 27 tahun.

Iklan
Iklan

Menurutnya, dalam kejadian pada jam 8.30 malam itu, sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu oleh seorang lelaki warga Pakistan dipercayai bergesel dengan motosikal mangsa.

"Akibat kejadian itu, penunggang motosikal tersebut tercampak ke atas jalan dan mengalami cedera parah sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Iklan

"Pemandu kereta tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam satu kenyataan media pagi tadi.

Zulkefly turut menafikan pemandu kereta itu di bawah pengaruh alkohol sepertimana yang tular di laman sosial Facebook.

Iklan

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.