AS lepaskan Berhalter

Iklan
Berhalter

PENGENDALI skuad bola sepak Amerika Syarikat (AS), Gregg Berhalter dilepaskan daripada tugasnya sebagai ketua jurulatih The Yanks, menurut Persekutuan Bola Sepak Amerika Syarikat (USSF) selepas tersingkir awal dari kempen Copa America 2024 di laman sendiri.

The Yanks gagal mara dari peringkat kumpulan selepas dikejutkan 1-2 Panama sebelum tunduk 0-1 kepada Uruguay sekali gus menimbulkan persoalan masa depan Berhalter bersama pasukan tersebut.

Iklan
Iklan

"Kami kini memberi tumpuan bekerja dengan pengarah sukan, Matt Crocker dalam memastikan pencarian individu yang sesuai untuk memimpin USMNT ke era baharu kejayaan di atas padang," kata Presiden Bola Sepak AS, Cindy Parlow Cone.

Perkembangan itu menyaksikan perubahan baharu kepada pasukan yang sebelum ini Berhalter, sandaran awal membangunkan pasukan itu ketika AS bersedia untuk menjadi tuan rumah bersama Piala Dunia 2026.

Iklan

Berhalter, bekas pemain kebangsaan pertama yang melatih AS di Piala Dunia, memenangi 44 daripada 74 perlawanannya sebagai ketua jurulatih.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Iklan