APAD batal lesen pengendali bas nahas di Genting Highlands

Iklan
APAD membatalkan lesen pengendali bas yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Turun Genting Highlands, hujung bulan lalu.

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) membatalkan lesen pengendali bas yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Turun Genting Highlands, hujung bulan lalu.

Menerusi kenyataan pada Khamis, APAD memaklumkan pembatalan itu berkuat kuasa serta-merta termasuklah apa-apa permit kenderaan syarikat M Kumar Trans Tour Sdn Bhd yang telah dikeluarkan sebelum ini.

Iklan
Iklan

Keputusan itu dibuat Jawatankuasa Pembatalan dan Penggantungan Lesen (JPPL) pada Selasa turut membuat semakan dengan agensi berkaitan dan mendapati syarikat berkenaan juga mempunyai rekod saman lampau yang tinggi.

"Ditegaskan sebarang transaksi berhubung dengan lesen pengendali bagi syarikat berkenaan tidak akan dibenarkan berkuatkuasa serta-merta," katanya.

Iklan

Tegas APAD, pihaknya memandang serius insiden yang mengorbankan dua warga China dan 13 cedera pada 29 Jun lalu.

"APAD sekali lagi ingin menegaskan pendirian untuk tidak akan sesekali berkompromi terhadap mana-mana kesalahan pemanduan kenderaan pengangkutan awam darat secara berbahaya.

Iklan

"Pemeriksaan audit pematuhan dan keselamatan ke atas pengendali yang berisiko tinggi akan dipergiatkan untuk memastikan keselamatan pengguna sentiasa diutamakan," ujar APAD.

Syarikat pengendali juga diingatkan untuk memantau prestasi pemandu kenderaan masing-masing dan memastikan aspek kebajikan pemandu terjaga.

Terdahulu polis mengesahkan pemandu bas berkenaan tidak memiliki lesen memandu selain mempunyai 27 saman lampau membabitkan pelbagai kesalahan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!