BubblesO2, MSN jalin kerjasama

Iklan
Ain Azizah bersama Abdul Rashid menandatangani memorandum perjanjian persefahaman disaksikan oleh Hannah Yeoh (tengah) dan Arifin (berdiri, dua dari kiri) pada majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) antara Majlis Sukan Negara dan Bubbles O2 Sdn. Bhd di sini pada Selasa.

Pengeluar air mineral yang dikenali BubblesO2, Bubbles O2 Sdn Bhd (Bubbles O2) menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) bersama Majlis Sukan Negara (MSN) untuk menyokong kesihatan dan produktiviti atlet Malaysia.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, penajaan daripada syarikat berkenaan adalah untuk program prestasi tinggi MSN dan pembangunan bakat melibatkan atlet muda.

Iklan
Iklan

"Pembangunan sukan dan belia memerlukan kos yang tinggi kerana kumpulan sasarnya besar serta memerlukan persiapan bertahun-tahun untuk menyediakan atlet ke pentas global.

"Pelaburan seperti ini tidak boleh berjaya kalau hanya kerajaan sahaja yang bantu membiayai kos keseluruhan dalam industri sukan.

Ain Azizah Arifin (kiri) menyerahkan replika kerjasama kepada Abdul Rashid (kanan) disaksikan Hannah Yeoh (tengah) dan Arifin (dua dari kiri).

Iklan

"Kita mengalu-alukan badan korporat membantu membiayai kos dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk menjayakan agenda pembangunan bakat sukan dan belia,” katanya ketika sidang akhbar selepas Majlis Menandatangani MoA antara Bubbles O2 dan MSN di sini pada Selasa.

Hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha KBS, Ramona Mohd Razali, Ketua Pengarah MSN, Abdul Rashid Yaakub dan Pengerusi Bubbles O2, Arifin Marzuki dan Pengarah Urusan Bubbles O2, Ain Azizah Arifin.

Iklan

Sementara itu, Arifin memaklumkan, kerjasama tersebut sekali gus menjadikan BubblesO2 sebagai rakan kongsi rasmi MSN untuk air mineral bagi acara, aktiviti dan program yang akan berlangsung kelak.

ARIFIN

"Penajaan tersebut selaras dengan komitmen BubblesO2 dalam mempromosikan gaya hidup aktif dan sihat melalui produk air mineral beroksigen.

"Penajaan ini akan berlangsung selama tiga tahun bermula 2024 hingga 2027 melalui pelbagai acara dan program sepanjang tempoh berkenaan," ujarnya.

Tambah beliau, kira-kira RM700,000 setahun akan diperuntukkan dalam program penajaan tersebut terdiri daripada wang tunai atau air mineral.

Ujar beliau, penglibatan syarikatnya dalam industri sukan dilihat mampu membuka peluang BubblesO2 untuk meluaskan pasaran kepada setiap lapisan masyarakat.

Hannah Yeoh (kiri) menandatangani plak dan disaksikan oleh Arifin (kiri), Ain (tiga dari kanan) serta Rashid (kanan) pada majlis itu.

"Perjalanan syarikat dalam industri ini bermula dari 2019 dan sejak itu kami telah terlibat dalam pelbagai jenis sukan iaitu berbasikal,permotoran, bola sepak, besbol, larian maraton dan ragbi.

"Penajaan ini merupakan permulaan bagi penglibatan seterusnya dalam acara lain menerusi penyediaan sokongan minuman berkualiti kepada atlet negara.

"Selain itu, kami juga dapat berhubung secara terus dengan komuniti sukan sejajar dengan matlamat mereka untuk mempromosikan gaya hidup aktif serta sihat," katanya.

Minuman BubblesO2 sinergi dengan atlet negara

Menurut Ain Azizah, BubblesO2 dilihat mempunyai sinergi dengan atlet negara kerana ia membantu memulihkan tenaga dan hidrasi ketika latihan atau pertandingan.

AIN AZIZAH

"Penglibatan kami dalam industri sukan bukan satu perkara baharu tetapi sejak 2019, di mana syarikat menumpukan untuk memperluaskan pasaran produk kepada masyarakat melalui sukan.

"Alhamdulillah, produk kami kini lebih berkembang dan semakin dikenali bukan sahaja sebagai air mineral biasa tetapi ia diperolehi secara semulajadi yang mengandungi kandungan oksigen tinggi serta mineral berkualiti," katanya.

"Atlet menggunakan banyak tenaga ketika latihan atau menyertai pertandingan, jadi pilihan air mineral berkualiti seperti ini akan membantu mereka untuk mengekalkan prestasi.

"Selain itu, penglibatan kami dalam industri ini bukan sekadar transaksi perniagaan tetapi mencipta hubungan bermakna dan memberi impak positif kepada syarikat serta komuniti setempat," ujarnya.