redONE Mobile taja Riuh Euro sempena Euro 2024

Iklan
redONE Mobile menaja Riuh Euro sempena Euro 2024 semasa tayangan skrin gergasi secara langsung di Restoran Hakim. Gambar kecil dari kiri: Ameen, Tasnim

SHAH ALAM - Penglibatan dalam acara Riuh Euro sempena Euro 2024 adalah bukti kebersamaan redONE Mobile dengan peminat sukan bola sepak tempatan serta antarabangsa.

Ketua Pegawai Eksekutif redONE Mobile, Ameen Amaendran berkata, aktiviti yang disediakan menjelang siaran langsung Euro 2024 mampu menambah keseronokan buat semua pengunjung dan secara tidak langsung membuka peluang untuk meningkatkan kesedaran jenamanya kepada pelanggan dengan lebih luas.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, ia bukan kali pertama redONE Mobile mengadakan penganjuran seperti ini memandangkan sebelumnya pernah menaja Selangor FC, Terengganu, Kelantan FC dan Sabah FC, malah sehingga kini masih meneruskan penajaan terhadap PDRM FC serta Imigresen FC.

"Riuh Euro yang menyatukan peminat bola sepak untuk menonton perlawanan pusingan akhir antara Sepanyol dan England sudah pasti dinanti-nantikan dengan penuh debaran.

Iklan

"Pengunjung yang melanggan pelan kami berpeluang menyertai cabutan bertuah untuk memenangi telefon pintar 5G," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Riuh Euro bakal menayangkan perlawanan akhir melalui skrin gergasi anjuran Sinar Harian dengan kerjasama rakan strategik lain seperti Restoran Hakim, Astro Biz dan Mahsuri Dagang.

Iklan

Ameen turut memaklumkan, pelanggan yang tidak melanggan pelan di reruai semasa tayangan perlawanan masih berpeluang memenangi hadiah dengan hanya mengimbas kod QR di lokasi tersebut iaitu Restoran Hakim.

"Selain itu, dalam keghairahan semua peminat bersiap sedia menyokong pasukan kegemaran masing-masing, redONE Mobile akan menyuntik elemen interaktif menerusi beberapa peraduan seperti ‘Best Goal Celebration’.

"Pemenang akan dipilih berdasarkan kreativiti menyambut kemenangan jaringan gol dan sorakan atau undian.

"Ikon Abang redONE juga akan berada di lokasi sepanjang program agar pengunjung dapat memenangi pelbagai hadiah lain," ujarnya.

Sementara itu, Ketua Editor Sinar Daily, Tasnim Lokman berkata, ‘Sports Matters’ yang bakal diadakan pada waktu tersebut mengetengahkan perbincangan komprehensif tentang dunia bola sepak.

Tambah beliau, antara panel yang bakal ditampilkan di setiap episod ‘podcast’ terbabit ialah Ameen selaku CEO redONE Mobile, penganalisis bola sepak tempatan, Amin Fuad dan bekas bintang ternama bola sepak negara, Safee Sali dan beberapa lagi bintang sukan ternama tanah air.

"Kami tidak berdiskusi mengenai keputusan dan analisis bola sepak semata-mata, tetapi kami turut membincangkan isu kesihatan, keselamatan pemain, politik, rasuah serta pengurusan sukan secara holistik.

"Perbincangan Euro 2024 mengenai pemain antarabangsa ini boleh berkait secara langsung dengan perspektif peminat bola sepak tempatan juga,” jelas Tasnim.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!