Mekanik Iran maut disedut enjin Boeing 737-500

Iklan
Pasukan bomba lapangan terbang memeriksa lokasi kejadian mekanik disedut masuk dalam pesawat enjin di Chabahar Konarak, Iran. Foto Agensi

TEHERAN - Seorang mekanik maut selepas disedut ke dalam enjin pesawat Boeing 737-500 milik Varesh Airline dalam kejadian ngeri yang berlaku di Chabahar Konarak, Iran, lapor Times of India.

Ketika kejadian, mangsa dikenali sebagai Abolfazl Amiri sedang menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan rutinnya pada enjin pesawat yang dihidupkan semula dengan penutupnya terbuka untuk menjalani ujian.

Iklan
Iklan

Pada masa sama, Abolfazl bergegas kembali ke pesawat dan melalui kawasan keselamatan untuk mengambil peralatannya yang tertinggal secara tidak sengaja.

Semasa kembali ke situ, Abolfazl tidak dapat menahan daya tarikan kuat turbin enjin pesawat menyebabkan mangsa disedut ke dalam enjin itu sebelum ia meletup.

Iklan

Pasukan bomba lapangan terbang bergegas ke tempat kejadian dan menemukan mayat mangsa dalam keadaan tragis.

Susulan kejadian itu, satu siasatan dilakukan oleh pihak berkuasa penerbangan Iran bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan tersebut - Agensi

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!