Suami isteri abai anak tidur di kaki lima rumah ditahan

Iklan
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU - Pasangan suami isteri ditahan selepas disyaki melakukan pengabaian anak lelaki mereka yang berusia 13 tahun daripada memasuki rumah sehingga terpaksa tidur di kaki lima perumahan flat keluarga berkenaan di Pasir Gudang dekat sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden, Mohd Sohaimi Ishak berkata, pasangan yang berusia 54 dan 56 tahun itu ditahan jam 10.30 malam kerana didapati mengabaikan remaja terbabit sejak 7 Julai lalu.

Iklan
Iklan

Mohd Sohaimi berkata, pihaknya menerima makluman berhubung kes terbabit hasil video tular di laman facebook Group Komuniti Taman Air Biru sebelum diselamatkan anggota polis pada Rabu.

"Kedua-dua suspek kini ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah selama lima hari mulai Rabu hingga Isnin depan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Iklan

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan dan menimbulkan salah faham dalam kalangan masyarakat," katanya.

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!