Tiada pinjaman penuh sukar orang muda beli kereta

Iklan
Pembeli perlu membayar sekurang-kurangnya 10 peratus wang pendahuluan untuk membeli kereta jika tiada pinjaman penuh. Gambar hiasan.

TULAR dakwaan mengatakan kerajaan akan menggunakan sistem e-Invois dalam sistem jualan kenderaan bermula Ogos ini sekali gus menghapuskan pinjaman penuh pembelian kereta.

Susulan itu, pembeli perlu membayar sekurang-kurangnya 10 peratus wang pendahuluan.

Iklan
Iklan

Jika perkara itu dilaksanakan, ia dilihat membebankan kerana bukan semua mampu menyediakan wang pendahuluan, lebih-lebih lagi golongan muda yang baru memulakan karier.

Mereka perlu menabung dalam satu tempoh lama sebelum membeli kenderaan diingini.

Iklan

Kebanyakan orang muda bergantung kepada pinjaman penuh kerana gaji permulaan pekerjaan biasanya hanya cukup-cukup menampung keperluan.

Malah, penjual kenderaan turut mengakui dengan peraturan baharu, jualan kenderaan dijangka akan merosot.

Iklan

Menurutnya, dalam 100 kenderaan terjual biasanya 60 peratus daripadanya adalah pembeli yang menggunakan perkhidmatan pinjaman penuh.

Justeru, kerajaan perlulah mengkaji sebaiknya sebelum membuat keputusan berkenaan.

Kerajaan juga wajar membentuk beberapa mekasnisme bagi mengurangkan bebanan rakyat B40 serta golongan muda jika peraturan baharu ini akan tetap dilaksanakan.

Antara langkah yang dapat dilakukan kerajaan membantu golongan memerlukan dengan menurunkan lima peratus deposit supaya nilainya tidak terlalu besar untuk mereka menyediakan wang pendahuluan.

Selain itu, pihak berwajib juga boleh menyediakan rebat kepada kumpulan rentan bedasarkan data Pangkalan Data Utama (PADU) yang mahu membeli kenderaan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!