Wakil rakyat tukar sokongan diramal terus berlaku
Iklan
SHAH ALAM - Senario wakil rakyat melompat parti atau menukar sokongan diramal terus berlaku selepas ini kerana menganggap sudah wujud satu ketetapan apabila Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul membuat keputusan tidak mengosongkan enam kerusi Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Penganalisis Politik Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datuk Dr Sivamurugan Pandian berkata, keputusan berkenaan akan dijadikan rujukan pada masa akan datang oleh mana-mana ahli Parlimen yang mahu melakukan perkara sama.