Suami isteri antara tiga maut, kemalangan dua kenderaan

Iklan
Keadaan kereta Proton Wira yang remuk teruk akibat kemalangan. Foto ihsan PDRM

KUALA NERUS - Suami isteri antara tiga yang maut dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Jalan Mengabang Lekor Batu Rakit, di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, kemalangan sekitar jam 9.15 malam itu membabitkan kereta Proton Wira dan kenderaan pacuan empat roda Nissan Navara.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, mangsa yang maut adalah sebagai penumpang Nissan Navara, Zaini Ambak, 46, serta pemandu dan penumpang Proton Wira, Muhammad Iqwan Ahmad Izeham, 23, serta Nur Mimi Aliya Mohd Shukri, 18.

Iklan

"Manakala Muhammad Iqwan yang memandu Proton Wira meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ)," katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.

Suami isteri antara tiga yang maut dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan Foto ihsan PDRM

Menurut Azli, siasatan awal mendapati kereta Proton Wira dipandu Muhammad Iqwan dari dari arah Setiu menghala ke arah Bandar Kuala Terengganu manakala kereta Nissan Navara dipandu Rasdi dari arah Pasar Malam Pak Tuyu menghala ke Penarik.

Iklan

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, Proton Wira dipandu Muhammad Iqwan dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung dengan Nissan Navara," ujar beliau.

Katanya, akibat pertembungan itu, penumpang Nissan Navara serta Proton Wira meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala pemandu Proton Wira meninggal ketika menerima rawatan di hospital.

"Pemandu Nissan Navara yang juga suami kepada Zaini, Rasdi Yaakob, 58, turut cedera dan kini dirawat di HSNZ Kuala Terengganu.

"Ketika kejadian hujan lebat dan keadaan permukaan jalan licin," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!