Sanggup menyorok dalam bilik sejuk elak ditahan

Iklan
Imigresen Selangor bertindak menyerbu sebuah premis makanan sejuk beku di Kota Kemuning, Shah Alam pada Khamis. Gambar kecil: Khairrul Aminus

SHAH ALAM - Tindakan terdesak segelintir pendatang asing tanpa izin (PATI) menyorok dalam bilik sejuk hanya sia-sia selepas ditangkap pihak berkuasa dalam serbuan di sebuah kilang makanan sejuk beku di Kota Kemuning, di sini, pada Khamis.

Difahamkan, PATI itu berada di Malaysia tanpa permit sah.

Antara warga asing yang diperiksa dalam serbuan di sekitar Shah Alam, pada Khamis.

Iklan
Iklan

Mereka mendakwa bersembunyi dalam bilik sejuk kerana takut ditangkap.

Pengarah Imigresen Selangor, Khairrul Aminus Kamaruddin berkata, Jabatan Imigresen Selangor telah melaksanakan Ops Sapu, Ops Belanja, Ops Selera dan Ops Mahir di premis sejuk beku selain serbuan di medan selera dan sekitarnya di Seksyen 2, Shah Alam bermula jam 12 tengah hari.

Medan selera di sekitar Seksyen 2, Shah Alam diserbu Imigresen Selangor pada Khamis.

Iklan

Menurutnya, seramai 33 PATI termasuk lapan wanita ditahan hasil pemeriksaan terhadap 64 warga asing.

"Siasatan mendapati PATI ini bekerja sebagai tukang masak, juru jual pakaian dan makanan serta pembungkus kuih sejuk beku," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Antara warga asing yang bekerja sebagai jurujual pakaian diperiksa dalam operasi Imigresen Selangor, pada Khamis.

Iklan

Beliau berkata, kesemua PATI melakukan kesalahan masuk atau tinggal di Malaysia tanpa pas atau permit yang sah selain telah tamat tempoh di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 15 (1)(c) akta yang sama.

Tambahnya, PATI kemudiannya dihantar ke depot Imigresen Semenyih untuk siasatan lanjut.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!