Warga emas tinggal sendirian ditemukan maut dalam kebakaran

Iklan
Mangsa dijumpai anggota bomba di bilik air dalam keadaan tertiarap dan melecur pada beberapa bahagian anggota badan. Gambar hiasan

KOTA BHARU - Warga emas yang tinggal bersendirian ditemukan maut dalam kebakaran di sebuah rumah di Kampung Bukit, Wakaf Bharu pada jam 7.30 malam tadi.

Mangsa Halimah Awang, 85, dijumpai anggota bomba di bilik air dalam keadaan tertiarap dan melecur pada beberapa bahagian anggota badan.

Iklan
Iklan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Wakaf Bharu, Nazah Nafi berkata, sepasukan 19 pegawai serta anggota termasuk dari BBP Tunjong bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan jam 8.04 malam.

"Apabila api berjaya dikawal pada jam 8.37 malam, kami menemukan mangsa berada di bilik air dalam keadaan tertiarap," katanya dalam kenyataan, semalam.

Iklan

Beliau berkata, kes itu diserahkan kepada polis sebelum dibawa ke Hospital Tumpat untuk tindakan lanjut. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Iklan