Penggunaan gajet tanpa kawalan, beri impak negatif

Iklan
Dari kiri: Moderator, Anis Nor, Mohd Shawani, Fadilah dan Zarina pada forum bertajuk Implikasi Gajet Pada Kanak-Kanak.

SHAH ALAM - Landskap pendidikan negara yang semakin mencabar disamping kesibukan ibu bapa bekerja sedikit sebanyak menjejaskan perkembangan kanak-kanak.

Keadaan menjadi semakin mencabar apabila kepesatan teknologi menyebabkan anak-anak sedari kecil telah diberikan pendedahan kepada penggunaan gajet tanpa kawalan yang boleh memberikan impak negatif.

Iklan
Iklan

Atas kesedaran itu, Al-Kauthar Eduqids (AKE) bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dan Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Selangor menganjurkan Forum Anak Syurga: Cakna Perkembangan Anak untuk memberikan pendedahan kepada ibu bapa dalam kalangan anggota polis mengenai masalah kanak-kanak lewat perkembangan dan berkeperluan khas.

Pengasas AKE, Datin Dr Fadilah Alias berkata, pemilihan topik itu bertepatan dengan situasi semasa terutamanya dalam pasca Covid-19 yang menunjukkan peningkatan kes membabitkan tahap perkembangan kanak-kanak yang berbeza-beza.

FADILAH

Iklan

"Tanpa disedari implikasi gajet antara salah satu faktor anak menghadapi masalah lewat perkembangan seperti ‘speech delay’ selain autisme dan gangguan hiperaktif kekurangan perhatian (ADHD).

"Gajet menyebabkan anak-anak berada di dunia mereka sendiri dan punca kepada permasalahan ini,” katanya ketika menjadi panel Forum Cakna Perkembangan Anak yang diadakan di Dewan D’Cerana Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor, di sini pada Rabu.

Iklan

Topik tersebut dikupas bersama panel jemputan terdiri daripada Pakar Pediatrik Kanak-kanak dari Pusat Perubatan MSU, Dr Tengku Putri Zainab Tengku Ab Malek., Timbalan Dekan Fakulti Pengurusan Pendidikan dan Kemanusiaan Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI), Mohd Shawani Ahmad Sabri serta selebriti, Zarina Zainudin.

Hussein (tengah) menyempurnakan majlis penutup Forum Anak Syurga yang diadakan di Dewan D'Cerana Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor, di sini pada Rabu.

Hadir pada program itu ialah Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan; Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi;Pengerusi PERKEP Selangor, Datin Liliyana Haryanti Mohd Harunizam serta Pengarah AKE, Datuk Dr Bakhtiar Aliff Ibrahim.

Forum itu dihadiri 400 anggota polis dan ahli PERKEP telah dibahagikan kepada dua sesi yang membincangkan dua tajuk iaitu Mengenali Anak Lewat Perkembangan dan Implikasi Gajet Pada Kanak-Kanak.

Mengulas lanjut, Fadilah berkata, ibu bapa perlu diberikan pendedahan untuk mengenal pasti anak-anak yang menghadapi masalah itu dan cara menguruskannya.

"Kes menunjukkan peningkatan dan keadaan semakin parah namun situasi tersebut tidak disedari oleh masyarakat.

"Kami berharap forum ini dapat memupuk kesedaran dan pencegahan kepada masalah tersebut. Forum ini juga mendidik masyarakat memahami ibu bapa memiliki anak autisme yang perlu diberikan sokongan moral,” katanya.

Kempen kesedaran

BAKHTIAR


Sementara itu, Bakhtiar berkata, berdasarkan pengalaman dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak, AKE terpanggil untuk berkongsi maklumat dan mendidik masyarakat mengenai isu itu.

Katanya, program dimulakan dengan kerjasama bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang merupakan sebuah agensi kerajaan dekat dengan masyarakat. Ujar beliau, permulaan kempen kesedaran itu telah berlangsung di Selangor dan diharapkan dapat disusuli ke negeri-negeri lain.

"Saya berpandangan programprogram seperti ini sepatutnya diterima ramai dan diperbanyakkan supaya masyarakat di luar sana lebih memahami mengenai kanak-kanak berkeperluan khas.

"Pemahaman yang mendalam membolehkan kanak-kanak tersebut tidak ketinggalan dan tercicir dalam masyarakat,” katanya.

Tambahnya, masyarakat perlu bersama-sama membantu tanpa meletakkan tanggungjawab tersebut kepada keluarga yang mempunyai anak-anak kategori tersebut.

"Pada akhir-akhir ini, banyak kes yang berlaku seperti penderaan dan masalah mental ketika mengendalikan anakanak ini.

"Kita memerlukan sistem sokongan yang sangat kuat terutamanya daripada masyarakat. Kita juga perlu bersatu hati, jangan sisihkan dan asingkan kanakkanak ini dalam masyarakat sebaliknya masalah ini perlu ditangani bersama,” katanya.

Berfikiran terbuka

Peserta yang hadir pada Forum Anak Syurga anjuran AKE bersama IPD Shah Alam serta PERKEP Selangor.


Dalam pada itu, Hussein berkata, penganjuran program itu merupakan inisiatif yang baik untuk memupuk kesedaran dan perkongsian pengetahuan.

"Anak merupakan anugerah tidak ternilai yang akan menjadi saham akhirat melalui doa mereka.

"Namun ada pasangan suami isteri diuji tiada rezeki anak, memiliki anak sihat dan juga tidak normal. Apa pun yang ditakdirkan, pasti ada hikmahnya yang penting tanggungjawab kita sebagai ibu bapa untuk menggembirakan mereka.

"Saya berharap mereka yang memiliki anak istimewa perlu tabah dan sabar,” katanya.

Beliau berkata, masyarakat perlu diberikan pengetahuan dan berfikiran terbuka agar anak istimewa tidak serta dapat bergaul bersama masyarakat tanpa sebarang masalah.