Curi motosikal sebelum jual di media sosial dengan harga murah

Iklan
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU - Kegiatan dua pemuda mencuri motosikal sekitar bandar raya ini sebelum menjual dengan harga murah di media sosial terbongkar selepas polis menahan mereka pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, tangkapan dibuat susulan laporan polis dibuat seorang lelaki berusia 35 tahun pada jam 11.56 pagi berkaitan motosikal miliknya hilang ketika diletakkan di kawasan parkir sebuah bangunan di bandar raya ini.

Iklan
Iklan

"Turut dirampas, kunci motosikal, sekeping salinan sijil pemilikan kenderaan (palsu) dan sebuah motosikal yang dilaporkan hilang.

"Hasil siasatan mendapati, selepas mencuri motosikal, suspek membuat salinan sijil milikan kenderaan palsu dengan menggunakan aplikasi dan menyunting nama pemilik asal kepada namanya," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Dalam serbuan itu, katanya, dua lelaki yang diberkas berusia 28 dan 29 tahun.

Menurut Raub, suspek kemudian memuat naik iklan penjualan motosikal di media sosial, pada harga antara RM1,400 hingga RM1,500.

Iklan

"Hasil tangkapan ke atas suspek pertama berjaya menyelesaikan tiga lagi kes curi motosikal yang berlaku di daerah ini.

"Hasil semakan, suspek pertama mempunyai lima rekod jenayah lampau manakala suspek kedua tiada rekod jenayah lampau.

"Kedua-dua suspek kini direman tiga hari sehingga esok bagi membantu siasatan. Kes disiasat di bawah seksyen 379A Kanun Keseksaan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!