[INTERVIU] Peranan FAMA: Pemasaran Ternakan Agromakanan Negara 

Iklan
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengambil langkah proaktif meningkatkan pemasaran agromakanan negara khususnya pemasaran ternakan bagi keperluan pasaran domestik menerusi kerjasama jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Peranan FAMA kini semakin meluas skopnya dengan memasarkan produk pertanian dan ternakan, selain membantu penternak dan usahawan tani memasarkan produk mereka dengan cara yang lebih berkesan.