Kulit lebih cerah, berseri dengan Nanowhite

Iklan
Dari kiri, Eksekutif Kategori Kanan Guardian Health And Beauty Sdn Bhd (Guardian) Fatin; Pengurus Kategori Kanan Guardian, Anashalwa; Pengurus Besar Penjagaan Kecantikan (Kulit & Kosmetik) Guardian Tiffany Choo; Rakan Kongsi Nanowhite, Iman Troye; Ketua Perniagaan Antarabangsa Tohtonku, Teh Boon Kiat; Cecilia dan Pengarah Alternatif untuk Tohtonku, Kelvin Lim.

PRODUK penjagaan kulit Nanowhite memperkenalkan rangkaian penyelesaian penjagaan kulit yang dipertingkatkan dengan reka bentuk pembungkusan baharu dan menawarkan penyelesaian berkesan untuk memperoleh kulit lebih cerah dan berseri.

Rangkaian baharu itu terdiri daripada Nanowhite Spot Correction, Double Action dan Essentials yang mencerahkan bintik gelap lebih empat kali ganda dan mengandungi sehingga lima kali ganda bahan aktif untuk membantu membina pelindung kulit.

Iklan
Iklan

Tohtonku Sdn Bhd (Tohtonku) dalam satu kenyataan berkata, Spot Correction Advanced Serum dipertingkatkan dengan asid traneksamik yang boleh mengubah cara melanin dihasilkan dan membantu mengurangkan hiperpigmentasi.

"Serum ini telah dipertingkatkan dengan lebih 500 kali lebih kepekatan niacinamide dan dirumuskan dengan teknologi Nano-Encapsulation bagi membolehkan larutannya meresap sepuluh kali lebih jauh ke dalam kulit.

Iklan

"Ujian dermatologi yang dijalankan dengan serum pencerah bintik yang dipertingkatkan menunjukkan bahawa penggunaan larutan yang kerap boleh mengurangkan 27 peratus bintik hitam dalam masa tujuh hari sahaja,” kata kenyataan itu pada Khamis.

Tambah kenyataan itu, Serum Double Action Intensive Nanowhite merupakan larutan yang meningkatkan kelembapan keseluruhan, keserian dan kecerahan kulit dan kini dihasilkan dengan lima kali ganda ceramida dan 5,000ppm prebiotik.

Iklan

Jelasnya, ceramida berfungsi menghalang kemasukan kuman dan melindungi daripada kerosakan akibat persekitaran.

"Sementara itu, prebiotik menyokong mikrobiom kulit, yang bertindak untuk meningkatkan keberkesanan ceramide dalam mengekalkan pelindung kulit sihat,” ujarnya.

Cecilia memberi ucapan perasmian pada pelancaran Nanowhite.

Dalam pada itu, Ketua Pemasaran Tohtonku untuk Malaysia dan Singapura, Cecilia Lee berkata, pihaknya menyedari keunikan kulit setiap individu adalah berbeza-beza.

Menurutnya, hal itu ditonjolkan dalam pendekatan jenama yang menggunakan bahan aktif berkesan yang dikenal pasti melalui penyelidikan pengguna meluas.

"Kami komited untuk terus meningkatkan dan menambah baik produk bagi memenuhi permintaan dan jangkaan pengguna yang berubah-ubah terhadap penyelesaian penjagaan kulit mereka.

"Oleh itu, kami memperkenalkan Bright Magic Mix dengan campuran bahan-bahan unik dan mujarab. Ini menjadikan Nanowhite disesuaikan untuk menangani keperluan penjagaan kulit yang pelbagai.

"Setiap rumusan direka untuk menawarkan penyelesaian bagi mencapai kulit yang lebih cerah, sihat dan lebih lembap,” kata Cecilia.