Gaduh tunggakan sewa rumah kongsi, lelaki dipukul warga asing

Iklan
Tangkap layar daripada sebuah video tular memaparkan berlaku perselisihan faham antara warga asing dan lelaki warga tempatan sebelum mangsa dipukul di dada dalam satu kejadian di Taman Ehsan, Kepong, Selangor pada Rabu.

GOMBAK - Bukan sahaja diugut, malah seorang lelaki tempatan turut dipukul di bahagian dada oleh lelaki warga asing pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, dalam kejadian jam 5 petang di Taman Ehsan, Kepong itu berlaku ekoran perselisihan faham antara lelaki tempatan berusia 46 tahun dengan seorang lelaki warga asing berusia 37 tahun.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, pihaknya menerima satu laporan daripada mangsa jam 10.38 pagi menyatakan berlaku ugutan jenayah dan tindakan fizikal yang mendatangkan kecederaan.

"Hasil siasatan awal mendapati berlaku perselisihan faham berkaitan tunggakan bayaran sewa rumah kongsi sehingga menyebabkan mangsa diugut dan dipukul di bahagian dada.

Iklan

"Mangsa mengalami sakit di bahagian dada dan telah mendapatkan rawatan di Hospital Selayang," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Susulan itu, Noor Ariffin berkata, pihaknya telah menahan 10 lelaki warga asing berusia antara 18 hingga 46 tahun pada Khamis, jam 3 petang bagi membantu siasatan kerana dipercayai terlibat dalam kejadian tersebut.

Iklan

Kata beliau, permohonan reman terhadap kesemua suspek dibuat di Mahkamah Selayang pada Jumaat.

Jelasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63.

Tambahnya, suspek dan mangsa bukan pekerja di sektor pembinaan, tetapi mangsa tinggal di kawasan perumahan kongsi bersama warga asing yang lain.

"Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta tampil membantu siasatan.

"Mereka boleh berhubung dengan pegawai penyiasat kes, Sarjan Mohammad Shafiq Nordin di talian 010-3861622 atau bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!