Polis tahan 18 individu disyaki terlibat penipuan Forex dalam talian

Iklan
Modus operandi menyasarkan mangsa dari Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS). Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Seramai 18 individu termasuk seorang wanita warga asing ditahan dua hari lepas kerana disyaki terlibat kegiatan penipuan dalam talian berkaitan Forex yang menyasarkan mangsa dari Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS).

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, mereka yang ditahan di dua unit kondominium di sekitar Jalan Ampang pada jam 6 petang Rabu itu terdiri 16 lelaki serta dua wanita masing-masing seorang rakyat tempatan dan warga asing.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, dalam serbuan itu juga pihaknya merampas 62 jenis peralatan antaranya 18 set komputer dan 43 unit telefon bimbit.

"Mereka akan menjemput para pelabur untuk melabur menggunakan platform ’Poly X’ yang menjanjikan pulangan keuntungan sebanyak 1.5 peratus. Namun, selepas melabur mereka dipercayai tidak mendapat pulangan dijanjikan,” katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.

Iklan

Beliau berkata, suspek dipercayai menjalankan kegiatan itu sejak tiga bulan lepas dan menerima bayaran sebanyak RM3,000 sebulan.

"Suspek direman sehari (semalam). Nilai keuntungan yang diperoleh dan pemilikan premis masih dalam siasatan pihak polis,” katanya sambil memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. - Bernama

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!