PM 'diserbu' murid sekolah ketika makan tengah hari

Iklan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim "diserbu" sekumpulan murid sekolah ketika sedang menikmati makan tengah hari di gerai An-Najah Presint 9 di sini, pada Jumaat sebelum menunaikan solat Jumaat. Foto Bernama

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim"diserbu" sekumpulan murid sekolah ketika sedang menikmati makan tengah hari di gerai An-Najah Presint 9 di sini, pada Jumaat sebelum menunaikan solat Jumaat.

Ketibaan Anwar di gerai itu kira-kira jam 12.45 tengah hari disambut orang ramai terutama pelajar dari Sekolah Kebangsaan (SK) Putrajaya Presint 9 (2) yang terletak berhampiran gerai berkenaan.

Iklan
Iklan

Kanak-kanak sekolah yang turut berada di gerai itu berpusu-pusu bersalaman dengan Perdana Menteri yang mengenakan baju Melayu berwarna biru muda.

Anwar meluangkan masa kira-kira 30 minit menikmati pelbagai juadah makan tengah hari yang turut disertai Setiausaha Koperasi An-Najah, Zainal Mohd Yusoh.

Iklan

Perdana Menteri kemudian menunaikan solat Jumaat di Surau An-Najah yang terletak kira-kira 60 meter dari gerai itu bersama hampir 1,000 jemaah.

Solat Jumaat dipimpin oleh imam surau berkenaan Hazim Malim yang turut menyampaikan khutbah bertajuk"Perihal Mizan (Timbangan Akhirat)". - Bernama

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!