[VIDEO] Keputusan Speaker: PN mungkin ambil tindakan undang-undang

Iklan

KOTA BHARU - Perikatan Nasional (PN) tidak menolak kemungkinan akan mengambil tindakan undang-undang berhubung keputusan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul tidak mengosongkan kerusi disandang enam bekas wakil rakyat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari berkata, mereka kini sedang melihat usaha yang perlu dilakukan walaupun mengambil masa yang panjang untuk diselesaikan.

Iklan
Iklan

"Kita tidak menolak kemungkinan untuk memfailkan perkara ini di mahkamah atau membuat semakan kehakiman terhadap apa yang berlaku," katanya.

"Apapun kita kena bincang di peringkat pimpinan PN sebelum tindakan diambil," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Medan Ilmu di sini.

Iklan
Ahmad Fadhli

Ahmad Fadhli yang juga Ketua Penerangan Pas memberitahu, pihaknya tidak berputus asa walaupun kemungkinan tindakan itu boleh berlaku pilihan raya kecil.

Beliau mendakwa, keputusan Johari tidak tepat dan satu pelanggaran yang sangat serius terhadap Perlembagaan Persekutuan.

Iklan

"Bagi kita ini merupakan detik hitam pada amalan demokrasi Parlimen di negara ini. Beliau sepatutnya boleh bertindak dengan adil," katanya.

Media sebelum ini melaporkan Johari kekal mempertahankan tindakannya tidak mengosongkan kerusi disandang enam bekas wakil rakyat Bersatu walaupun menerima kritikan dan tekanan daripada beberapa Ahli Parlimen PN.

Johari menjelaskan hal itu di Dewan Rakyat bahawa selepas siasatan dan membaca semua kenyataan berkaitan Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!