Raja Perlis berkenan terima kunjungan Muhyiddin

Iklan
Tuanku Syed Sirajuddin dan Tuanku Tengku Fauziah berkenan menerima kunjungan mengadap Muhyiddin di Wad Diraja, Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar, dekat sini, pada Khamis.

KANGAR - Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid berkenan menerima kunjungan mengadap bekas Perdana Menteri Malaysia ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Wad Diraja, Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar, dekat sini, pada Khamis.

Berangkat sama, Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Iklan
Iklan

"Menjunjung setinggi-tinggi kasih Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid di atas perkenan menerima patik dan pacal pondok menghadap di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis, semalam (Khamis).

"Patik berdoa ke hadrat ALLAH SWT semoga DYMM Tuanku berdua serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan. Dirgahayu Tuanku," kongsi Muhyiddin menerusi satu muat naik status di laman sosial Facebooknya pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Berdasarkan gambar yang dikongsi Muhyiddin, kunjungan itu turut disertai isteri beliau, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.