JPJ perkemas SOP ujian lesen memandu

Iklan

SHAH ALAM - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memperkemaskan dan meneliti semula prosedur operasi standard (SOP) bagi aktiviti pengujian pelesenan pemandu.

Bahagian Korporat dan Perancangan Strategik Ibu Pejabat JPJ dalam satu kenyataan berkata, langkah itu dibuat bagi memastikan keselamatan anggota penguji dan calon lebih terjamin semasa proses pengujian berlangsung.

Iklan
Iklan

Ia susulan insiden ancaman jenayah yang berlaku di Batang Benar, Negeri Sembilan baru-baru ini apabila seorang calon mengacukan pisau kepada anggota JPJ.

"Calon tersebut telah diminta untuk memberhentikan kenderaan di bahu jalan setelah melakukan kesalahan mandatori kerana tidak berhenti di lampu isyarat.

Iklan

"Tetapi calon tersebut telah mengacukan pisau kepada anggota JPJ dan meminta supaya keputusan ujian diluluskan," kata kenyataan itu.

Bagaimanapun, anggota itu berjaya meloloskan diri dengan segera meminta bantuan penyelia dan pihak polis.

Iklan

Kes tersebut juga masih dalam siasatan polis untuk tindakan lanjut.

Dalam perkembangan sama, JPJ bercadang untuk melaksanakan e-testing yang mengaplikasikan teknologi sensor dan kamera bagi aktiviti pengujian pelesanan pemandu.

Pelaksanaan itu akan menjadikan keputusan ujian lebih objektif, di samping mengurangkan campur tangan manusia dalam proses ujian dan penilaian.