'Hati-hati derma kepada individu, pertubuhan tidak berdaftar'

Iklan
Ramli dalam sidang akhbar di Menara KPJ, Kuala Lumpur pada Jumaat. Foto MOHD HALIM ABDUL WAHID

KUALA LUMPUR - Sifat mudah simpati dalam kalangan masyarakat untuk membantu individu yang dilanda kesusahan diambil kesempatan pihak tidak bertanggungjawab untuk seleweng duit hasil kutipan derma.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamad Yoosuf berkata, masyarakat dinasihat agar lebih berhati-hati dalam menderma terutamanya jika ia melibatkan individu dan pertubuhan yang tidak berdaftar.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pastikan duit sumbangan derma disalurkan kepada pertubuhan yang didaftarkan dan yang menjalani proses audit.

"Derma dan sumbangan kini tidak hanya melibatkan bantuan ketika bencana, tetapi turut melibatkan perkara seperti bantuan bayaran yuran guaman, ibadah korban dan lain-lain.

Iklan

"Masyarakat perlu tahu bagaimanana wang derma mereka digunakan dan akaun bank milik pertubuhan yang mengutip derma ini juga perlu menjalani proses audit bagi memastikan wang derma yang diterima disalurkan kepada pihak yang sepatutnya," katanya ketika sidang akhbar di Menara KPJ di sini pada Jumaat.

Pada Khamis, pasangan suami isteri pempengaruh media sosial dipercayai terlibat dalam isu penyelewengan wang kutipan derma direman empat hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan.

Iklan

Pasangan berkenaan disyaki terbabit dalam penyelewengan dana derma awam sejak 2020 yang dianggarkan mencecah RM3 juta.

Selain itu, pada 9 Julai, polis menahan seorang lelaki di kediamannya di Wangsa Maju, Kuala Lumpur dipercayai terlibat dengan penipuan dalam urusan bayaran guaman dan kutipan dana sejak tahun lepas melibatkan kerugian lebih RM140,000.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!