Bapa bekas pemain Selangor meninggal dunia

Iklan
Raduwan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21,Shah Alam. (Gambar kecil: Raduwan Abu Samah)

BEKAS pemain Selangor, Fitri Shazwan Raduwan kehilangan bapa tersayang yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada Jumaat.

Fitri Shazwan berkata, bapanya Raduwan Abu Samah, 63, meninggal dunia di Hospital Serdang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 21 Shah Alam pada petang Jumaat.

Iklan
Iklan

Bagi Fitri, pemergian bapanya amat dirasai kerana Raduwan merupakan insan yang bertanggungjawab mengasah bakatnya selain memberikan galakan ketika dia berada dalam arena bola sepak sebelum mengambil keputusan bersara pada 2019.

"Memang dari kecil ayah yang mengasah bakat saya, melatih dan mencungkil minat saya dengan bola sepak.

Iklan

"Pemergiaan ayah memang sangat dirasai atas segala pengorbanan yang tidak terhingga," katanya.

Fitri berkata, ayahnya yang juga dikenali sebagai Pak Wan turut aktif melatih pasukan bola sepak dan futsal sehingga melahirkan ramai pemain yang kini menyarung jersi kebangsaan.

Iklan

"Pasukan futsal memang banyak yang ayah saya latih terutama pasukan wanita dan ada yang bermain untuk pasukan kebangsaan. Semuanya daripada air tangan dan usaha ayah," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!