Hormati hak rakyat tolak 'katak' politik - Dr Akmal

Iklan
Dr Akmal Saleh. Foto Bernama

SHAH ALAM - Hak rakyat untuk memastikan tiada lagi 'katak politik' di negara ini perlu dihormati sebelum menghormati keputusan dibuat Speaker Dewan Rakyat berhubung kedudukan enam bekas wakil rakyat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), tegas Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh.

Beliau turut mempersoalkan sekiranya keputusan sama terpakai untuk pihak lain pada masa akan datang.

Iklan
Iklan

"Sebelum nak hormat keputusan Speaker, sebagai pemimpin apa yang lebih penting adalah hormat hak rakyat untuk menolak 'katak-katak' politik daripada terus menjahanamkan negara.

"Adakah ia terpakai kepada satu pihak? Jika lepas ini ada pihak lain yang nak menyatakan sokongan kepada yang lain adakah kita nak benarkan?

Iklan

"Akhirnya yang untung 'katak' politik, yang terus jahanam negara dan rakyat yang menanggungnya," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.

Beliau mengulas gesaan dibuat Pakatan Harapan (PH) supaya menghormati keputusan Speaker Dewan Rakyat berhubung kedudukan enam wakil rakyat berpaling tadah.

Iklan

Pada Selasa Tan Sri Johari Abdul memutuskan enam ahli Parlimen yang terlucut keahlian daripada Bersatu tidak perlu mengosongkan kerusi mereka berdasarkan Perkara 49 (A) Perlembagaan Persekutuan yang dibuat untuk memastikan kestabilan politik.

Perkembangan itu dimaklumkan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dalam sidang media di Dewan Rakyat pada Rabu, berdasarkan surat diterima daripada Johari bertarikh 9 Julai.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!