Wanita dihempap kayu balak stabil

Iklan
Keadaan motosikal Siti Norelyana yang remuk dihempap kayu balak dalam kejadian di Persimpangan Bendahara Jalan Gua Musang-Kuala Krai, Gua Musang pada Selasa.

GUA MUSANG - Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini Selasa lepas, kini dilaporkan stabil.

Abang mangsa, Mohamad Azwa Kamarulzaman, 28, berkata, adiknya Siti Norelyana, 21, yang berada dalam pemantauan rapi petugas di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu menunjukkan perkembangan semakin baik.

Iklan
Iklan

"Alhamdulillah adik saya stabil dan doktor memaklumkan ada peluang untuk dia sembuh. Organ dalaman dia juga baik-baik sahaja, syukur ALLAH jaga dia,” katanya menerusi platform TikTok miliknya semalam.

Terdahulu, Siti Norelyana nyaris maut apabila motosikal ditunggangnya dihempap kayu balak yang dibawa sebuah lori ketika berhenti di lampu isyarat di persimpangan tersebut.

Iklan

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, kemalangan berpunca daripada 'turn-table' lori balak itu patah ketika mengambil selekoh. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Iklan