Suruhanjaya Eropah dapati platform X langgar undang-undang digital EU

Iklan
Suruhanjaya Eropah mendapati platform X milik Elon Musk langgar undang-undang digital EU.

BRUSSELS - Platform media sosial Elon Musk, X, didapati melanggar undang-undang digital EU kerana menipu pengguna dan kegagalan dalam ketelusan, kata Suruhanjaya Eropah dalam satu penemuan awal, lapor agensi berita Jerman (dpa) pada Jumaat.

Suruhanjaya itu berkata, sistem pengesahan pengguna X, yang dikenali sebagai sistem tanda semak biru, terbuka kepada penyalahgunaan oleh 'pelaku berniat jahat' kerana sesiapa sahaja boleh membeli status berkenaan.

Iklan
Iklan

"Sebelum ini, sistem tanda semak biru digunakan untuk menunjukkan sumber maklumat yang boleh dipercayai," kata Pesuruhjaya Pasaran Dalaman EU, Thierry Breton, dalam satu kenyataan.

"Sekarang dengan X, pandangan awal kami adalah bahawa mereka menipu pengguna.

Iklan

"X kini mempunyai hak untuk mempertahankan diri - tetapi jika pandangan kami disahkan, kami akan mengenakan denda dan memerlukan perubahan besar," katanya.

Di bawah undang-undang EU yang dikenali sebagai Akta Perkhidmatan Digital (DSA), platform media sosial dengan lebih daripada 45 juta pengguna aktif seperti X tertakluk kepada peraturan penyederhanaan kandungan yang luas. - Bernama-dpa

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!