[VIDEO] 'Pergi lah adik main dengan abang di syurga...'

Iklan

GEORGE TOWN -"Tak apa lah adik..Ibu dah dah reda, adik ikut la abang, adik main lah bersama abang dekat sana di syurga".

Demikian luahan Nurain Hasnorizal, 25, ketika melawat anaknya, Muhammad Luth Syauqi, 2, di wad Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) Hospital Pulau Pinang (HPP) pada Khamis.

Iklan
Iklan

Pemergian Muhammad Luth Syauqi menyusuli abangnya, Muhammad Akil Syauqi, 3, yang disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital sama kelmarin, selepas dua beradik itu berada dalam keadaan kritikal akibat memakan keropok dipercayai mengandungi racun tikus pada Ahad lalu.

Nurain berkata, walaupun anaknya itu tidak sedarkan diri, namun dia mendapati seolah-olah air mata anaknya mengalir.

Nurain reda pemergian dua anaknya. Muhammad Akil Syauqi (kiri) dan Muhammad Luth Syauqi (kanan)

Iklan

Nurain berkata, menurut doktor yang merawat anaknya itu keadaan otak Muhammad Luth sudah tiada tindak balas serta tidak berfungsi, malah harapannya untuk pulih tipis.

"Ketika melihat Muhammad Luth petang semalam, saya cakap dengannya, tak apa lah ibu dah reda.

Iklan

"Lagi pun dekat dunia adik selalu main dengan abang, kat sana pun adik main lah dengan abang," katanya lagi.

Jenazah Muhammad Luth akan dikebumikan berhampiran abangnya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Banggol Berangan.

Nurain ditemui pemberita ketika menunggu proses bedah siasat yang dilakukan terhadap anaknya di Hospital Pulau Pinang, pada Jumaat.

Meskipun sedih, Nurain berkata, dia perlu kuat menghadapi dugaan berkenaan dan bersyukur kerana mempunyai ibu dan ahli keluarga lain yang memberikannya kekuatan.

"Sedih sangat, kalau ikutkan memang tak mampu tapi tak apa lah...keluarga saya semua ada, mereka sentiasa memberi sokongan dan sentiasa berada di belakang saya," tambahnya.

Nurain berkata, jenazah Muhammad Luth akan dibawa pulang ke rumahnya di Kampung Padang Ubi terlebih dahulu untuk penghormatan terakhir keluarga sebelum dibawa ke Kampung Banggol Berangan, Baling untuk dikebumikan.

Menurutnya, jenazah Muhammad Luth akan dikebumikan berhampiran abangnya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Banggol Berangan.

Sebelum ini, media melaporkan dua kanak-kanak terbabit kritikal selepas termakan keropok disyaki bercampur racun yang digantung di pagar dawai besi dekat kebun tidak jauh dari rumah mereka.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!