Lelaki liwat warga asing ditahan di Ipoh

Iklan
Gambar hiasan

PETALING JAYA - Lelaki disyaki meliwat seorang warga asing di sebuah kondominium di sini pada Khamis lalu berjaya diberkas di Ipoh, Perak pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, suspek ditahan polis jam 11.45 pagi setelah meliwat rakan satu gimnasium yang baru dikenali pada 4 Julai.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, tangkapan dibuat oleh pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya bersama Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

"Suspek telah dibawa balik ke IPD Petaling Jaya dan akan dipohon tindakan reman," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Sinar Harian sebelum ini melaporkan pihak polis menerima laporan kejadian liwat itu daripada mangsa yang merupakan seorang lelaki warganegara asing berusia 25 tahun pada Khamis lalu jam 9.57 malam.

Mangsa menyatakan dia telah diliwat oleh seorang lelaki tempatan yang baru dikenali pada Mac lalu di gimnasium kondominium tempat tinggal suspek.

Iklan

Ketika berjumpa di koridor kondominium, suspek telah mengajak mangsa ke rumahnya di sebuah kondominium di Petaling Jaya untuk berbual-bual pada Khamis lalu, sekitar jam 5 petang.

Namun ajakan berbual itu bertukar menjadi detik hitam apabila dia diliwat oleh suspek.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!