PROSPEK pingat emas negara Sukan Olimpik, Lee Zii Jia menyingkap kempen Paris 2024 di Perancis dengan cabaran dari Kumpulan G acara badminton perseorangan lelaki temasya itu pada Jumaat.
Undian Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menyaksikan pemain nombor tujuh dunia itu diundi bersama dengan bintang Sri Lanka, Viren Nettasinghe (72 dunia) dan Pablo Abian (63 dunia) dari Sepanyol.
Pemain perseorangan wanita, Goh Jin Wei berstatus 33 dunia pula diundi dalam Kumpulan H bersama pemain nombor 17 dunia, Kim Ga-eun dari Korea Selatan dan pemain Afrika Selatan, Johanita Scholtz (102 dunia)
Beregu campuran Chen Tang Jie-Toh Ee Wei pula diundi dalam Kumpulan D bersama pasangan ranking kedua dunia dari China, Feng Yanzhe-Huang Dongping.
Tang Jie-Ee Wei yang berstatus nombor sembilan dunia juga diundi bersama wakil Amerika Syarikat (AS), Vinson Chiu-Jennie Gai (ranking 30 dunia) dan Terry Hee-Jessica Tan (18 dunia) dari Singapura.
"Tang Jie-Ee Wei perlu bersiap sedia mental, fizikal selain dalam latihan juga jaga kesihatan, itu paling penting."
Laluan berliku menanti gandingan beregu wanita, Pearly Tan-M Thinaah setelah diletakkan dalam Kumpulan A bersama pemenang pingat perak edisi Tokyo 2020 juga gandingan nombor satu dunia dari China, Chen Qing Chen-Jia Yifan dan wakil Indonesia, Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti (nombor sembilan dunia).
Pearly-Thinaah gandingan nombor 13 dunia itu juga diundi bersama beregu nombor enam dunia dari Jepun, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!