Dakwaan ada lagi pemain Sabah FC angkat kaki tidak benar - Kim Swee

Iklan
Kim Swee

DAKWAAN kononnya ada lagi pemain Sabah FC yang bakal meninggalkan skuad berkenaan adalah tidak benar, kata Ketua Jurulatihnya, Datuk Ong Kim Swee.

Beliau berkata, malahan kemungkinan besar akan ada pemain baharu yang bakal memperkuatkan Skuad Badak itu.

Iklan
Iklan

"Banyak ura-ura dan dakwan kononnya ada lagi pemain bakal meninggalkan Sabah FC selepas penyerang import Ramon Machado selepas perlawanan suku akhir Piala FA Sabtu lepas.

"Namun kita perlu tahu kenapa Ramon meninggalkan Sabah FC dan itu disebabkan oleh masalah keluarga,” katanya kepada pemberita di sini pada Jumaat.

Iklan

Sementara itu, pengurus pasukan Rafie Robert berkata, isu yang tular sebelum ini yang menyatakan kononnya Sabah FC kalah dalam dua perlawanan menentang Terengganu FC dalam saingan Piala FA disebabkan tunggakan gaji adalah tidak benar.

"Pemain sudah dibayar gaji sebelum perlawanan pertama menentang Terengganu FC. Saya harap penyokong tidak mempercayai isu yang ditularkan.

Iklan

"Sebenarnya saya tiada kuasa untuk menerangkan isu gaji pemain... namun sebagai pengurus pasukan saya mahu terangkan bahawa pemain sudah dibayar gaji dan bukan itu sebab kita kalah dalam dua perlawanan berturut-turut,” katanya. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!