Wanita 'keldai akaun' ditahan sebabkan kerugian RM213,200

Iklan
Polis menahan seorang wanita yang disyaki menjadi 'keldai akaun' kepada sindiket penipuan tawaran kerja secara dalam talian yang tidak wujud menyebabkan mangsa kerugian RM213,200 dalam kejadian di Bayan Lepas baru-baru ini. Gambar hiasan

BALIK PULAU - Polis menahan seorang wanita yang disyaki menjadi 'keldai akaun' kepada sindiket penipuan tawaran kerja secara dalam talian yang tidak wujud menyebabkan mangsa kerugian RM213,200 dalam kejadian di Bayan Lepas baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata, wanita berusia 28 tahun itu ditahan oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah Barat di sini pada Jumaat susulan laporan dibuat mangsa.

Iklan
Iklan

"Siasatan mendapati mangsa telah membuat beberapa transaksi secara dalam talian ke akaun bank yang berbeza dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM213,200 dan membuat laporan polis selepas menyedari ditipu," katanya ketika dihubungi Bernama pada Jumaat.

Dalam perkembangan lain, Kamarul Rizal berkata, polis menahan seorang wanita berusia 51 tahun selepas dia menyerah diri di Balai Polis Bayan Lepas di sini hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan.

Iklan

Beliau berkata berdasarkan siasatan kes penipuan itu melibatkan mangsa seorang pembantu taska wanita berumur 28 tahun yang kerugian RM7,000.

Menurutnya suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan polis juga sedang mengesan seorang lagi suspek iaitu lelaki berusia lingkungan 30-an bagi kes sama. - Bernama

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!