Penggemar sukan papan luncur air melakukan aktiviti meluncur di tengah gelombang ombak besar ketika tinjauan di Pantai Sungai Pagar, Labuan, hari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) telah mengemaskini Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora di kawasan perairan perairan Sabah Barat dan Labuan sehingga Isnin (15 Julai).
Iklan
Iklan
Amaran Ribut Petir juga telah dikeluarkan - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa kawasan di negeri Perlis, Kedah, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak Utara dan Sabah.
Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa peka dengan perubahan cuaca serta mendapatkan maklumat dan amaran cuaca terkini melalui laman web, aplikasi myCuaca dan media sosial MET Malaysia. Foto Bernama
Artikel Berkaitan