Keputusan Speaker selari dengan perlembagaan
Iklan
SHAH ALAM - Keputusan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul tidak mengosongkan enam kerusi ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah selari dengan Akta Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) (No 3) 2022 (Akta A1663) yang melarang Ahli Dewan Rakyat bertukar parti atau Akta Anti Lompat Parti.
Peguam, Haniff Khatri Abdulla berkata, dakwaan dibuat beberapa pemimpin pembangkang termasuk Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari bahawa Speaker Dewan Rakyat bertindak menyalahi undang-undang adalah tidak tepat dan cuba mengelirukan rakyat.