‘Hati saya luluh bila dapat tahu adik kemalangan’ - Abang

Iklan
Seorang wanita nyaris maut apabila motosikal ditunggangnya dihempap kayu balak dalam kejadian di Persimpangan Bendahara Jalan Gua Musang-Kuala Krai pada Selasa. Foto ihsan pembaca

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Ahli keluarga kepada mangsa insiden membabitkan kemalangan di Persimpangan Bendahara Jalan Gua Musang, Kelantan baru-baru ini mengakui masih lagi trauma dengan kejadian menyayat hati itu.

Abang mangsa, Muhamad Lukman Ghapi, 27, berkata, peristiwa tersebut masih lagi mengejutkan mereka lebih-lebih lagi ia hampir meragut nyawa adik perempuannya, Siti Norelyana, 21.

Iklan
Iklan

Menurut anak kelima daripada tujuh beradik itu, dia dimaklumkan mengenai kejadian tersebut melalui panggilan telefon daripada adik bongsunya sebelum bergegas pulang ke kampung untuk melihat keadaan mangsa.

"Pada waktu kejadian itu berlaku saya masih bekerja. Hati saya luluh bila dapat tahu adik kemalangan. Saya terkejut sebab ini kali pertama kejadian ngeri berlaku dalam kalangan ahli keluarga.

Iklan

"Kami dapat berita pun daripada saksi di tempat kejadian. Emosi ibu juga sedikit terganggu tetapi setakat ini keadaan agak terkawal,” katanya sewaktu dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Mohd Luqman berkata, buat masa ini keadaan Siti Norelyana dalam keadaan stabil walaupun masih ditidurkan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII)

Iklan

"Buat masa sekarang keadaan adik saya okay. Keadaan dia stabil walaupun masih ditidurkan oleh pihak hospital,” katanya.

Pada 9 Julai lalu, seorang wanita nyaris maut apabila motosikal yang ditunggangnya dihempap kayu balak dalam kejadian di Persimpangan Bendahara Jalan Gua Musang-Kuala Krai, Gua Musang, Kelantan.

Kejadian jam 11.23 pagi itu berlaku apabila lori membawa muatan kayu balak terbabit terbalik ketika mengambil selekoh.

Susulan itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang Suprintenden, Sik Choon Foo berkata, pemandu lori berusia 24 tahun telah tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Gua Musang pada hari yang sama dan mengaku tidak memiliki lesen memandu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!