Gandingan Tatum, Johansson jadi tarikan utama

Iklan
Dalam satu temu bual baru-baru ini, Johansson mengakui Tatum adalah antara aktor yang dikaguminya.

SEJUJURNYA, tarikan pertama buat penulis untuk menonton filem terbaharu terbitan Apple Studios dan These Pictures ini adalah gandingan pertama kali Channing Tatum dan Scarlett Johansson selaku teraju utama, selain penglibatan aktor hebat, Woody Harrelson.

Tarikan keduanya adalah jalan cerita mengenai pelancaran Apollo 11 yang pernah menimbulkan kontroversi dan spekulasi bahawa angkawasan Neil Armstrong tidak mendarat di bulan, sebaliknya hanya lakonan dalam sebuah studio.

Iklan
Iklan
Tragedi tragis yang berlaku pada sesi pelancaran roket ke angkasa sebelum ini memberi tekanan kepada semua pihak berkaitan untuk memastikan misi ke bulan berjalan lancar.

Filem Fly Me To The Moon menampilkan jalan cerita 'straight forward' dan tidak terlalu berbelit mengenai pakar pemasaran, Kelly Jones (Johansson) dibawa masuk untuk menaikkan imej Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) yang bertanggungjawab ke atas pelancaran Apollo 11.

Fly Me To The Moon menyaksikan gandingan pertama kali Tatum dan Johansson.

Kehadiran Jones telah menimbulkan huru-hara kepada Pengarah Pelancaran, Cole Davis (Tatum) yang berusaha keras untuk memastikan tiada tragedi tragis berulang semasa Apollo 11 berlepas ke ruang angkasa.

Iklan

Apabila Rumah Putih menganggap misi itu terlalu penting untuk gagal, Jones diarahkan ke peringkat yang lebih mencabar iaitu menghasilkan pendaratan bulan palsu sebagai sandaran.

Channing Tatum berjaya lari daripada karakter biasa yang dibawakannya.

Pada pandangan penulis, momentum perjalanan filem ini ada ketikanya agak mendatar dan meleret. Tempoh dua jam 11 minit terasa begitu panjang.

Iklan

Namun gandingan Tatum dan Johansson berjaya menjadi penyelamat. Tatum tampil berbeza dengan karakter yang lebih serius dan tegas, manakala Johansson cukup menghiburkan sebagai pakar pemasaran yang 'masuk air'.

Ada ketikanya, karakter 'cheeky' yang dimainkan Scarlett Johansson mengingatkan penulis terhadap lakonannya sebagai Black Widow.

Dalam masa sama, produksi filem ini berjaya membuatkan penonton seperti sama-sama berada di tahun 1969 dengan fesyen, dekorasi, suasana dan setiap perincian yang sesuai pada tahun 1960-an.

Jadi bagi anda yang ingin mengetahui apakah benar Apollo 11 hanya mendarat di studio dan apakah yang akan terjadi seterusnya? Jangan lupa menyaksikan filem ini di pawagam.

FLY ME TO THE MOON

PENGARAH: Greg Berlanti

PELAKON: Nick Dillenburg, Jim Rash, Ray Romano, Woody Harrelson

GENRE: Komedi / Drama / Romantik

DURASI: 2 Jam 12 Minit

KLASIFIKASI: 13

TAYANGAN: 11 Jul 2024

BINTANG: 3.5 / 5