Nizam Laksamana juri Busking Rock Kapak

Iklan
Busking Rock Kapak akan berlangsung pada 28 Julai ini sempena Karnival Rakyat Karangkraf 2024.

SHAH ALAM - Penyanyi era 1990-an, Nizam Laksamana dipilih sebagai juri profesional bagi program Busking Rock Kapak yang akan berlangsung pada 28 Julai ini sempena Karnival Rakyat Karangkraf 2024.

Nizam atau nama sebenarnya, Mohd Nizam Pechok, 57, berkata, beliau dijemput menjadi juri adalah bukti keyakinan orang ramai terhadap kredibilitinya dan ia merupakan satu pengiktirafan hampir 30 tahun bergelar anak seni.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, kelunakan suara, kombinasi, faktor penarik dan dinamik dalam setiap ahli kumpulan antara perkara penting yang perlu dititikberatkan semasa membuat persembahan bagi menambat hati juri serta penonton.

"Setiap kumpulan mesti ada kelainan dan keunikan tersendiri. Pemilihan lagu juga penting sebab busker zaman sekarang tidak seperti dahulu.

Iklan

"Dahulu hanya menggunakan alat muzik gitar atau key board, tetapi sekarang berbeza mungkin kerana inginkan pembaharuan, peredaran masa dan kreativiti.

"Bagaimanapun, menyanyi mesti kena sedap. Suara tinggi, nyaring atau rock tidak penting asalkan suara sedap didengar,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Iklan
Nizam Laksamana

Karnival Rakyat Karangkraf 2024 yang berlangsung selama tiga hari bermula 26 Julai ini dianjurkan sempena memperingati ulang tahun ke-18 Sinar Harian bagi meraikan keunikan warisan budaya dan penghormatan kepada pembaca akhbar ini yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum, agama serta keturunan.

Bertemakan tradisional dan kerakyatan, karnival itu mengetengahkan dua komponen utama iaitu Sukan Rakyat dan Pentas Rakyat.

Antara aktiviti menarik lain yang disediakan adalah Hari Kantin Sekolah, SinarPlus MakanFest, Rumah Puaka Nusantara Buku Prima, Cabaran Couple Bikin Romantis, Jualan Rahmah Madani, Peraduan Mencari Siti, Sekolahku Meriah dan banyak lagi.

Bagi Busking Rock Kapak, pemenang tempat pertama akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM700 diikuti tempat kedua RM500 manakala tempat ketiga meraih RM300.

Nizam memaklumkan, kumpulan busker yang aktif perlu merebut peluang keemasan dengan menyertai program anjuran Karangkraf kerana ia boleh dijadikan platform mengasah atau mengetengahkan bakat menerusi entiti media dan penerbitan ternama dalam negara.

"Buat persediaan kerana mereka mungkin boleh pergi lebih jauh. Peluang untuk memasarkan bakat itu ada, jadi lengkapkan diri agar ada ruang untuk melebarkan sayap.

"Justeru, saya harap ramai lagi kumpulan dapat menghantarkan penyertaan sebelum tarikh tutup pada 15 Julai ini,” ujar pelantun lagu Gugurnya Bunga Cinta itu lagi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!