Animal Malaysia kesal tindakan cederakan anjing jalanan

Iklan
Paparan mesej tangkap layar Facebook Animal Malaysia berhubung tindakan individu tidak bertanggungjawab mencederakan seekor anjing jalanan hingga buta di Bukit Malawati di sini kelmarin.

KUALA SELANGOR - Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia) memuat naik status di Facebook berhubung tindakan individu tidak bertanggungjawab mencederakan seekor anjing jalanan hingga buta di Bukit Malawati di sini kelmarin.

Menurut kenyataan itu, individu tidak bertanggungjawab dipercayai mencederakan haiwan terbabit berdasarkan kesan tetakan pada kepala.

Iklan
Iklan

"Menurut saksi, anjing jalanan ini pada asalnya sihat dan normal, namun hari ini (kelmarin), haiwan itu mempunyai luka disyaki ditetak benda tajam di mata kanannya," katanya.

Kenyataan itu memberitahu, tiga anak anjing itu juga didapati hilang.

Iklan

"Orang ramai yang ingin membantu boleh berbuat demikian menerusi WhatsApp di 011-20901097," katanya.

Sementara itu, rata-rata pengendali Facebook mengecam tindakan kejam dilakukan pihak terbabit terhadap haiwan.

Iklan

Seorang pengendali Facebook yang menggunakan akaun nama Aniesyamia Daniel berkata, perbuatan zalim yang dilakukan pasti ada balasannya.

"Walaupun orang tidak nampak tapi ALLAH melihat kelakuan kita. Lambat dengan cepat sahaja," katanya.