BN Kelantan cadang umum calon lebih awal

Iklan
BN Kelantan mencadangkan untuk mengumumkan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri lebih awal walaupun perkara itu dianggap tidak munasabah.

MACHANG - Barisan Nasional (BN) Kelantan mencadangkan untuk mengumumkan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri lebih awal walaupun perkara itu dianggap tidak munasabah.

Pengerusi UMNO negeri Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, cara baharu itu bertujuan memberi ruang kepada calon untuk bertemu pengundi di DUN berkenaan.

Iklan
Iklan

"Ada orang kata umum nama calon awal tidak elok sebab nanti orang cari 'penyakit-penyakit' calon itu tetapi lebih baik umum awal, biar calon kenal orang dan turun ke 'bawah'," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Machang 2024 di sini.

Iklan

Majlis dirasmikan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Norden.

Ahmad Jazlan memberitahu, selepas 17 Julai, beliau akan bertemu Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi membincangkan masa yang sesuai selain beberapa panduan yang perlu dilaksanakan sebagai persediaan pilihan raya.

Ahmad Jazlan (tiga dari kanan) mengiringi Mohamed Khalid merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Machang 2024 di sini.

Iklan

"Biar saya jumpa presiden dulu, nama calon pun kita tak tahu lagi, belum diberitahu siapa jadi calon, sudah tentu ada dalam pemikiran, insya-ALLAH kita jangka pengumuman lebih awal

"Kita mahu BN menang di Nenggiri, jadi kita buat cara baharu. Saya akan minta dengan presiden untuk mengumumkan calon lebih awal," katanya.

Tambah beliau, paling penting pengundi dan rakyat perlu disantuni tanpa mengira fahaman

Ahmad Jazlan yang diberi tanggungjawab sebagai Pengarah Operasi Pilihan Raya mengakui kemenangan BN di Nenggiri menjadi tanggungjawab besar yang perlu dilaksanakan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!