'Rakyat anggap PN suara masa depan negara' - Razali Idris

Iklan
Datuk Razali Idris

SHAH ALAM - Perikatan Nasional (PN) kini dianggap sebagai suara masa depan negara oleh rakyat berikutan sistem saraf politik Pakatan Harapan (PH) UMNO, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) didakwa semakin tidak betul.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Razali Idris berkata, Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh dan pemuda parti terbabit sudah tidak mampu menahan perasaan terhadap lanskap politik kerajaan.

Iklan
Iklan

"Ketua Pemuda UMNO bersuara tetapi Anwar dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi buat 'lembu kenyang'!

"Petanda sistem saraf politik PH, UMNO, DAP dan PKR semakin tak betul. Pemuda UMNO tak tertahan lagi perasaan mereka kerana apa yang tidak betul, perlu diperbetulkan.

Iklan

"Oleh kerana itu, rakyat telah menganggap PN kini sebagai suara masa depan negara," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.

Sebelum ini, Dr Muhamad Akmal mendakwa Akta Anti Lompat Parti diminta oleh rakyat adalah sia-sia berikutan keputusan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menggunakan kuasa budi bicara untuk mengekalkan kedudukan enam ahli Parlimen Bersatu dan tidak dipengaruhi Kerajaan Perpaduan.

Iklan

Dr Muhamad Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau berkata, kestabilan politik dilihat hanya untuk kepentingan diri semata-mata.

Enam ahli Parlimen itu ialah ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal; Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan); Zahari Kechik (Jeli); Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang); Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang).

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!