Padah letak syarat untuk beli minyak masak peket

Iklan
KPDN Perak menyita 164 kilogram (kg) minyak masak peket dianggarkan bernilai RM410 dalam Ops Samar di sebuah kedai runcit di pekan Alor Pongsu, Parit Buntar pada Jumaat. Gambar hiasan

IPOH - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak menyita 164 kilogram (kg) minyak masak peket dianggarkan bernilai RM410 dalam Ops Samar di sebuah kedai runcit di pekan Alor Pongsu, Parit Buntar pada Jumaat.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, operasi itu dilakukan berikutan aduan diterima daripada orang awam berhubung pembelian bersyarat terhadap barang kawalan berkenaan.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, pemeriksaan penguat kuasa KPDN Cawangan Parit Buntar mendapati peniaga mengenakan syarat pembelian barangan lain terlebih dahulu untuk mendapatkan minyak masak peket 1kg.

Kes katanya disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961. - Bernama

Iklan
Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!